Wednesday, 20 May 2015

Peminat Mohon Fathia Tutup Aurat Kerana Terlajak Menjolok Mata...


Disebalik drama yang bakal bersiaran tersebut peminat sedikit kecewa dengan cara pemakaian Fathia Latiff terkini yang dianggap terlajak seksi. Drama Dia Isteri Luar Biasa mendapat pelbagai kritikan mahupun kata positif tetapi apa yang menyedihkan peminat bersuara tentang isu Fathia Latif terlalu seksi.


isteri luar biasa
Aku dari semangat nak tengok citer #DiaIsteriLuarBiasa isnin ni terus cancel nak tgk bila nampak heroin seksi camni. Aduyaii..Kurang2kan lah seksi
Komen tersebut sedikit sebanyak akan menjejaskan rating drama tersebut?. Sama-sama kita nantikan hasilnya. Eceh!
Tetapi yang paling sedih apabila peminat merayu Fathia Latiff mohon menutup aurat. Komen tersebut tersangat deep memandangkan tanggungjawab kita sebagai manusia adalah saling mengingati antara satu sama lain seandainya orang itu salah. Ehem! betulkan andai penulis salah.
fathia latiff
isteri luar biasa
Apa pun semoga komen peminat tersebut sekurangnya mampu memberikan kesedaran kepada Fathia Latiff supaya bijak dalam berfesyen. Jangan sampai peminat naik menyampah tau, nanti hilang penyokong kuat Fathia Latiff. Melihat wajah jelita Fathia Latiff kan lebih elok dan manis bertudung seperti dalam drama sebelum ini. Doakan yang terbaik untuk Fathia Latiff dan siapa sangka suatu hari nanti beliau akan bertudung dan tidak seksi lagi. Siapa tahu kan? hidayah itu milik Allah!


Baca selanjutnya: http://gosipmalaysia.com/2015/05/peminat-mohon-fathia-latiff-menutup-aurat-kerana-terlajak-seksi/#ixzz3afA7XaTT 
Follow us: @gossipmalaysia on Twitter | gosipartisonline on Facebook


Tuesday, 19 May 2015

(4 GAMBAR) Siapa 'COUPLE' Dengan Boleh Dapat EHEM2?

MEMALUKAN! Itulah apa yang dirasakan kami apabila status di Facebook seorang wanita Melayu ini menyatakan sesiapa yang ingin menjalinkan hubungan dengannya akan mendapat habuan ‘tetek’.
Status yang dimuat naik di halaman Facebooknya itu berbunyi “sapa couple ngan saya boleh dapat tetek. usaha ada dapat la.”
Pergh, sudah sampai tahap begini jatuhnya akhlak gadis Melayu kita…
123
Setelah kami melakukan sedikit kaji selidik, dikatakan status lucah tersebut adalah bukan daripada dirinya tetapi ia dimuat naik oleh rakan yang meminjam telefonnya.
Hmm, betul ke cik adik?
Jika melihatkan beberapa status lain di wall FB-nya, ia membuatkan kami merasa was-was dengan dakwaan daripadanya yang mengatakan ia ditulis oleh rakan.
Kalau lah betul, agak-agaklah sampai sebegini ‘kejam’ rakannya, kan dah tak pasal-pasal dapat malu…
Apa-apa pun kesimpulan yang dapat dikatakan di sini ialah jadikan info ini sebagai pengajaran untuk anda agar tidak sewenang-wenangnya membiarkan rakan anda ‘menyelongkar’ telefon pintar anda.
Bayangkan jika telefon anda hilang atau dicuri, pastinya gambar-gambar hot yang berada di dalam telefon akan disebar.
-MYNEWSHUB.CC


MESTI TAHU!! Posisi Tidur Suami Isteri Yang Benar-Benar Ikut Sunnah Nabi


baca disini --> klik disini


Siswi Ini Terima Kejutan Yang Mungkin Beliau Tidak Dapat Lupakan Selepas Bantu Seorang Wanita Misteri Di RnR Temerloh



Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.

Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.

Cerita Rashidah lagi, wanita tersebut duduk di depannya dengan mata beliau bengkak menangis.

"Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah hbis."

Rashidah pada mulanya sangsi untuk membantu wanita tersebut kerana banyakkan kes menipu sekarang ini dengan menggunakan taktik seperti itu dan berfikir yang dia perlu menggunakan wangnya untuk banyak urusan penting lagi seperti untuk travel, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta memandangkan dalam dompetnya cuma ada RM100 lebih.

"saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun dan pergi dari situ."

"Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yang didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu dan baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni," menyebabkan Rashidah rasa amat bersalah.

Beliau terus mengejar wanita tersebut dengan bagi semua duit yang ada di dalam dompetnya dengan bertawakal kalau tipu pun tipu lah.

"Rasa tidak sampai hati nak tengok muka anak kecil tersebut dan saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui."

Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening beliau terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan menruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya.

" Dek.. Kenapa letak duit dekat wiper.?"



"Saya rasa terkejut, macammana ada duit menyebabkan saya berhenti di tepi highway, alangkah terkejutnya saya apabila terdapat duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000."

"Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma" katanya terkejut sambil menyebut nama Allah. - Siakapkeli.my

*Cerita asal yang ayat sebelum SK olah.



Taktik Baru Yang Boleh Anda Gunakan Apabila Ditanya 'Bila Nak Kahwin?'



Anda sering ditanya bila nak kahwin? Soalan biasa yang kerap diajukan ketika anda menghadiri majlis perkahwinan, ketika musim raya atau melawat saudara-mara, lebih-lebih lagi makcik atau pakcik atau orang-orang tua yang 'prihatin' dengan masa depan kita.

Dan semestinya anda akan berikan jawapan yang serupa sehingga tak larat hendak ulang, kan? Senyum pun nampak kelat, ketawa seperti dibuat-buat, hendak marah pun tak sampai hati. 

Relaks, tak kisahlah sudah berapa umur anda sekalipun, jodoh semestinya akan sampai tidak kiralah cepat atau lambat.

Untuk 'menyedapkan' hati anda, kami kongsikan beberapa gambar pasangan yang bertemu jodoh dan berkahwin ketika usia mereka sudah meningkat.

#1 Selepas berkenalan selama sebulan di sebuah pusat jagaan harian di Britain, mereka akhirnya berkahwin dan merupakan pasangan paling tua di negara itu.


#2 75 tahun selepas ciuman pertama, pasangan ini akhirnya disatukan!


#3 Pasangan Alton Nichols, 91 dan Betty Hall, 84 disatukan selepas sama-sama mencari cinta di Senior Living Complex.


#4 Pasangan ini dikahwinkan di hari jadi ke-100 wanita berkenaan. Mungkin ia hadiah hari jadi yang paling hebat, kan?


Kan kami dan kata, masa yang akan menentukan segala-galanya. Nanti kalau ada yang bertanyakan lagi, siap sedialah gambar-gambar ini untuk ditunjukkan! -Siakapkeli.my


Pelaku Dipercayai Terdesak Kerat Tubuh Bayi?


Semalam kita digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang dikerat-kerat 15 dan dibuang di dalam tanki kumbahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya perbuatan kejam ini telah dilakukan oleh suspek yang berada dalam keadaan terdesak.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini dilakukan lebih dari seorang dan suspek juga dipercayai masih muda berumur lingkungan belasan tahun.

Berdasarkan keadaan penemuan mayat itu sehingga kini pihak polis belum dapat memastikan jantina bayi yang dipotongu dan percaya jenayah berkenaan dilakukan dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui.

Memetik laporan Rakyat P Theost, “suspek, kami percaya merupakan pasangan, mungkin memotong bayi itu bagi membolehkan mereka mengepam badan dalam tandas.”

“Sebab itu mungkin kepalanya tidak ditemui, ia mungkin ditanam di tempat lain kerana terlalu besar untuk dipam,” katanya.

Berdasarkan maklumat orang awakm, polis telah menyiasat sebuah rumah di Taman Mawar di Pasir Gudang pada jam 9 malam di mana wanita berusia dalam lingkungan 20-an ditahan untuk membantu penyiasatan kes.

Namun selepas disoal siasat, dua wanita tersebut ternyata tidak mempunyai kaitan dengan kes berkenaan. - Siakapkeli.my


10 Gambar Terbaru Zamani Slam Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...



Selepas menjalani tempoh pemulihan selama tiga bulan di Persatuan Pengasih Malaysia, berat Zamani Slam kini semakin bertambah daripada 45 kilogram kepada 56 kilogram.

Bekas penyanyi kumpulan Slam yang popular di tahun 1990-an itu juga mengakui dirinya semakin positif dan merasa tenang.

"Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapi saya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok. Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang...itu yang paling saya bersyukur," katanya sebagaimana yang dipetik BH Online.

Zamani juga mendapat sokongan untuk pulih daripada teman-teman artis seperti Datuk Jamal Abdillah dan vokalis OAG, Mohd Radhi Razali dan berjanji untuk tidak mensia-siakan peluang untuk menjauhi dadah.

"Perubahan yang paling ketara saya alami sepanjang berada di sini ialah dalaman diri saya iaitu kerohanian di mana saya perlu berjuang melawan diri sendiri (melawan nafsu dadah)...dan saya berazam untuk berubah bagaimanapun saya masih perlu meneruskan rawatan ini," ujar Zamani -Siakapkeli.my


Keburukan Buang Air Sambil Duduk Yang Pasti Mengejutkan Anda...


Foto: metro.co.uk
Mencangkung atau duduk? Teknik mana yang akan anda gunakan untuk membuang air semasa di tandas?

Walaupun teknik mencangkung adalah budaya asal rakyat Malaysia; khususnya orang melayu; teknik ini semakin dilupakan kerana tandas cangkung kini semakin sukar untuk dijumpai khususnya di kawasan-kawasan bandar dan teknik duduk sambil membuang air besar dilihat lebih bersih dan "standard".

Tetapi seorang saintis dan penulis dari Jerman, Giulia Enders hari ini mendedahkan teknik duduk untuk membuang air adalah salah dan tidak baik untuk kesihatan. Menariknya, saintis itu juga berkata cara yang baik untuk membuang air dengan mencangkung.

Menurut Giulia, dengan mencangkung, keadaan usus lebih bersedia untuk mengeluarkan isinya.

Ahli mikrobiologi itu berkata, teknik duduk yang biasa digunakan oleh masyarakat di barat mempunyai efek negatif terhadap tubuh manusia. Menurut beliau, dengan membuang najis sambil duduk, otot-otot yang berada di hujung usus lebih sukar membentuk untuk mengeluarkan najis. Ini boleh meningkatkan kemungkinan buasir dan lain-lain penyakit.

Foto : metro.co.uk
"1.2 bilion orang di seluruh dunia yang mencangkung hampir tidak mempunyai masalah penyakit diverticulosis atau buasir," katanya kepada The Guardian.

Giulia menambah, mencangkung lebih efektif kerana ia membolehkan usus membuka lubang dihujungnya dengan betul.

Bercakap kepada BBC Radio 4, Giula berkata "Bila kita duduk atau berdiri, terdapat satu otot yang menarik hujung usus menyebabkan ia(usus) menjadi sedikit melengkung."

Kata beliau lagi, lengkungan itu akan menjadi lurus apabila kita berada di posisi mencangkung, yang membolehkan najis keluar dengan lebih mudah. - Siakapkeli.my


Luahan Hati Sedih Dan Rayuan Adik Mangsa Kemalangan Ragut Tiga Nyawa Di Atas DUKE


Semalam kita digemparkan dengan kejadian kemalangan yang menyayat hati di mana tiga beranak termasuk bayi berusia enam bulan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) yang menjadi perhatian ramai pihak di Malaysia.

Kejadian tersebut dikatakan terjadi gara-gara enam buah pemilik kereta Myvi berlumba di atas jalan tersebut yang mengebabkan dua dari kereta mereka hilang kawalan lalu melanggar kereta jenis Pajero yang dipandu mangsa.

Rata-rata netizen berang dengan aktiviti enam pemilik kereta Myvi terbabit yang mana telah mengakibatkan kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa orang yang tidak bersalah.


Kerana perlanggaran itu mangsa Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, bersama isteri Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa berusia 6 bulan telah maut di tempat kejadian. Pasangan ini telah meninggalkan dua orang anak perempuan.

Semalam adik mangsa melalui laman Facebook miliknya telah membuat satu luahan apabila terkenangkan nasib dua orang anak buahnya yang merupakan anak pasangan suami isteri yang terkorban tersebut.



Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, yang merupakan adik bongsu mangsa memberitahu abang, kakak ipar dan anak mereka telah selamat dikebumikan petang semalam dan secara tidak langsung dua orang anak meninggalkan dua orang puteri di bawah jagaannya.

Beliau memberitahu mahu nasib anak-anak buahnya yang sudah tiada ibu bapa itu terbela kerana mereka masi kecil dan perlu ditanggung.


"Semalam, anak sulung arwah, Firuza Amira telah menyaksikan laporan berita kemalangan yang melibatkan ibu bapanya di televisyen menyebabkan dia menangis dan meluahkan segalanya kepada saya."

"Sekarang sayalah tempat dia mengadu sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman untuk menjaga anak dan kini mereka sudah manjadi anak yatim piatu."

"Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan diatas pemergian ayah dan ibu dia?, saya telah diamanahkan menjaga mereka dan juga syarikat milik arwah," luah beliau.


Oleh sebab itu beliau merayu kepada admin kelab Myvi tersebut supaya segara menghubunginya untuk berunding.

"Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuh oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya. Mohon kepada Admin Club Myvi yang terlibat tampil untuk berunding dengan kami,” tulis Faiz malalui laman Facebooknya. - Siakapkeli.my